Friday, December 6, 2013

What's wrong with our community??!!!

Hi Dolls...

How r u guys doing?? Hope everything is fine with u ols....

Well, ni rina nak story-mory kat u ols wat had happen to me 2 days ago...

As usual, after work lepas fetching my kids from my mom's place, rina heading back home..lps tu sblm sampai rumah biasalah mesti nak kene singgah kedai dulu, while I was driving nak stop n park my car suddenly this car reversing without giving any signal nak keluar... so my car kene hentam la at the side sampai mudguard pecah plus calar and kemek....and of course la ada drama sekejap coz rina with the kids in the car, luckily nothing happen to them (syukur alhamdulillah) or me yg tgh pregnant ni but budak2 mestilah diorang terkejut, menangis sbb takut...so lepas accident tu, si polan ni cakap yg dia nak settlekan everything maksudnya nak tanggung semua cost repair since dia langgar kereta rina..so rina cakap ok lah..

Yang buatkan rina hangin satu badan ni apa, apa perasaan u ols kalo kita call org yg langgar kereta kita tapi phone tutup, tak nak jawab...marah tak u ols??? This wat happening to me right know...bila dapat call mcm2 alasan bodoh yg dia bagi...dia ingat kita ni bodoh amat???

Nampak gayanya si polan ni mmg nak melarikan diri dari rina, tak nak tanggung....ko buat salah lepas tu ko buat macam ni....dah la si polan ni tipu kata da buat report, tapi bila rina pergi balai polis there was ni report has been made....lepas tu suruh rina repair kereta rina kat workshop yg dia suggest, yg rina pon ikutlah ckp dia pergi workshop yg dia mentioned tu tapi tak jumpa....konpius tak u ols???!!!

Nak tak nak rina kene gak repair kereta rina, bukan masalah duit yg jadi isu kat sini...tapi tgklah apa yg da jadi kat masyarakat kita sekarang ni??? Macam ni ke perangai orang Malaysia??? Rina tau bukan semua rakyat Malaysia yg macam ni, tapi fikirlah kalo jadi kat dia or family dia...

Luckily rina ni bukan jenis yg gangster (gangster ke aku ni hahahaha), masih boleh bersabar ngan kerenah orang yg macam ni...but jangan ingat air yg tenang takde buaya dan jangan sesekali cabar rina..tahap kesabaran rina ni ada tahapnya...si polan ni ingat dia blh terlepas....

Actually, mmg rina tak puas hati...ko langgar kereta orang pastu ko buat bodoh....aku akan cari ko sampai lubang cacing....ko tengok apa yang aku akan buat...ni kiranya si polan ni da main kotor, ckp manis tapi haktui...

Sori la u ols...rina rasa lega dapat share ngan u ols...mcm2 perangai manusia kat dunia ni...tapi mana pergi hilangnya sifat rasa tanggungjawab dan rasa bersalah bila kita da melakukan kesilapan terhadap orang lain?? Semua tu da hilang, kalo rina yg langgar kereta org mesti rina ni tak tidur sbb fikirkan kesalahan kita, kalo tak settle lagi susah hati dibuatnya....

So, morale of the story, be responsible...kita tak tahu kalo benda2 macam ni kena kat batang hidung kita sendiri...kita kene ingat hukum karma...what u give, u get back...plus Allah swt is always watching you...

Please u ols, be careful on the road...we never know what kind of people we are facing...tengok muka nampak baik je, tapi sebaliknya...don't let this kind of thing happens to u ols...

Enjoy your weekend....

Luv u...muah...muah...




Monday, November 25, 2013

Keputihan semasa pregnant? Ok ke tak?

Hi Dolls,

How are u guys doing?? Rina hope everything is fine with u ols....

Well, I have nothing much to talk about since I've  got pregnant...idea cam takde, tak tahu nak tulis pasal apa, kepala cam bengong sekejap...kira cam mati kutu...


This is me...enjoying my pregnancy :)

But, actually hari ni rina nak share tentang permasalahan yang rina rasa memang kerap terjadi to all women out there...I know and I am very well aware that this subject is very subjective to talk in public...tapi hari ni rina just nak share my own story...itu aje...no harm done :)

So far alhamdulillah, rina baru jer masuk my 2nd trimester... to be honest, i am very fortunate since the first pregnancy, rina tak pernah ada morning sickness...kiranya my 3 pregnancy went smooth and well... 

Hello there!!


Tapi, masalah utama yang rina kerap alami ialah KEPUTIHAN. Dari pregnancy yang pertama sampailah yang ke-empat ni...tapi bukan lah masalah yang serius cuma di awal pregnancy je...tapi punyalah tak selesa...u ols bayangkan macam mana rasanya bila masalah keputihan ni datang...dah la tak selesa , gatal pulak tu...

So hari ni rina da tanya Dr. Google (the best dr ever hihihi) dan alhamdulillah dapat sedikit info dan tips yang rina berbesar hati nak share with u ols...



Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.


Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 


Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Baca artikel kami untuk mengetahui rawatan tradisional untuk keputihan


Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat. 


Ok, that's all for now...I hope that this info dan tips dapat memberi manfaat buat u ols semua...

Stay tune for more updates...

Luv u...muah...muah...

Tuesday, October 22, 2013

It's OFFICIAL...

Hi Dolls,

It has been quite sometime I've been so quite, not blogging much lately due to my not-feeling-well-
conditions-hormonal-changes condition....

But, I am BACK now, oh-how-i-miss-blogging okay...

Well, actually i got a surprised good news to share with all my beautiful readers...jeng jeng jeng....

After keeping a mum for about 2months, i am proudly announce to u ols that I AM PREGNANT!!!
fuihhh, statement macam retis (retis ke aku nie?? confius jap hehehe)

Anyway, rina just wanted to share this good news with u ols yg setia mengikuti blog rina, so u ols ni rina da anggap cam family alam maya rina...benda baik mmg seharusnya dikongsi bersama, betul tak??

So, yesterday evening went for my check-up with my beloved gynae, Dato' Dr. Ashar (he's is such a nice guy, soft spoken, very details and of course he's very very good dr, if not rina tak pilih dia lah kan)...Dr. Ashar ni gak yg sambut anak rina yg ke-3 aritu, so rina just stick with him...

Well, to be honest rina actually quite shocked that i'm pregnant again...very the productive (ni gara-gara korset DX la ni, hot sangat perasan jap hihihi). To tell u ols the truth, rina had 3 c-section (all my boys due to my pelvic very small, i dont understand why..i got such ermmm how to say, quite a size of b*m, but ended up tulang pelvic ku kecik, so lemak je yg lebih...haa gitu) and ectopic pregnancy plus cyst (my left side of my ovary has to be removed coz of the 5cm cyst) so tinggal ovary yg belah kanan tu je... So chances to be pregnant again tu ada tapi not 100% maybe ada 70%-80%...itulah sebabnya rina ni terkezut beruk...

Tapi, syukur alhamdulillah kepada Allah swt kerana memberi rina rezeki yg tak putus-putus, bagi rina peluang sekali lagi mengandung, bagi rina kesihatan yg baik dan segala-galanya...syukur amin...

Now, rina da 9weeks along (kira dlm 2bulan gitu)...so far alhamdulillah, no morning sickness (to be honest, rina mmg x pernah ada morning sickness sejak pregnant anak pertama), cuma xde selera makan je, pastu muka ku ini da xde seri (baby girl ke??)...org tua2 ckp kalo kita pregnant baby girl, abis seri muka kita ni dia amik...sbb kwn2 kat opis ni asyik tegur je, sejak pregnant ni muka aku xde berseri2 seperti selalu (perasan sunguhhh)...berkemungkinan kah??? Atau kene makan kuih seri muka byk2?? hehehehe...

This is my little one inside my tummy...hi there...

9weeks along
Okay u ols, that's all for now...

Rina will updates u with more stories okay...

Luv u...muah...muah...



Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Salam and Good Morning to all my beautiful readers....

To All My Muslim Readers...


Kita hanya berpuasa sebulan, tetapi masih ada insan yang terpaksa berpuasa setiap hari...BERSYUKURLAH...



Thursday, May 30, 2013

CASH REBATE PROMO!!!

Hi Dolls...

Rina ada GOOD NEWS nak share ngan u ols semua...

Dengan setiap pembelian korset DX, u ols akan dapat 
CASH REBATE worth of RM200 (mengikut harga pakej)... 

So, to all ladies this promotion will ends until 19 June 2013...so hurry up!!! 


CASH REBATE PROMO IS ON RIGHT NOW!!!

See u guys with more updates...

Luv u..muah muah..

012.342.5512 / rinaizzat@gmail.com



Wednesday, May 22, 2013

Orked by Jovian Mandagie...

Hi Dolls,

I am super duper excited coz Jovian with his latest collection berganding bahu dengan Tesco Malaysia...

I know..I know.. Hari Raya is only few months away (mcm lama sgt lagi kan, padahal lagi 2 bulan je hihihi)

Taraaaaaa....drum rolls please.......

Here you are, the latest collection by Jovian Mandagie...memperkenalkan ORKED...(I personally love the name, very KEMELAYUAN, I LIKE!!)




Here are some of the designs that may catch your attention!! 










OMG!! kan kan....U ols suka tak??

Me personally suka everything lah...kalau boleh nak beli semua...rambang mata chek, tak tau nak pilih yg mana satu...

But, after very much consideration, I finally made up my mind to go for this 2 Gorgeous; Oana Green n Olga Grey...I have already pre-ordered mine online...oh! dont get jealous women...hihihi





Please not to worry, u ols also can pre-order online, just click here: http://www.tesco.com.my and place your order...Just a click away and you can have Jovian Mandagie in your wardrobe...how nice...

So u ols...happy shopping...






Wednesday, April 17, 2013

Tak menang tangan gara2 DX...

Hi Dolls,

First of all, rina mintak maaf sbb terlalu sibuk sampai nak update blog pun tak dapat...

Lately ni, rina a bit busy...kerja kat office of course lah buzy (office work put aside first..hihihi)

Yang bestnya, rina busy buat DUIT....buat duit??!! Mesti u ols semua tertanya2kan apa yang rina tgh buatkan?? Biasalah rina busy menyeluk "KETI"..hihihi 

Mmg busy2 sbb tak menang tangan menyeluk "KETI" a.k.a meng'fitting' DX korset ni... Fuihhhh berpeluh2..

Mmg best sgt2 sbb KEPUASAN yg rina dpt dari customer rina adalah PRICELESS...kebanyakkan customer yg rina sarungkan DX ni TERPEGUN ya wanita2 sekalian, diorang tak sangka yg DX ni mampu menjadikan badan kita, aset2 berharga kita menjadi seperti yg diorang impi2kan selama ni... Fuihhhh tu dia, betapa HEBATnya, MAGIKnya DX ni...mmg tak blh digambarkan dengan kata2, cuba dulu baru tahu...

Haa...kali ni rina sempat amik gambar2 yg fitting aritu...sori xde gambar before & after, sbb diorang segan...
Rina pon kene jaga aib customer rina sendiri...kalo diorang ok of course rina upload before & after...

Dan alhamdulillah, semua customer yg rina fitting aritu, semua closed. Maknanya diorang tak blh tahan terus beli...nak cantik ni mmg tak blh tunggu...lagi pon kita cantik pon utk org tersayang jugak kan...

Enjoy d photos... :)





Mekasihnya buat semua customer2 yg setia...tak cuba sendiri mmg tak tahu...sekali cuba termimpi2...

So, anyone interested nak fitting cepat2 contact rina....

Cantik sambil dapat INCOME...

Luv u muah...muah...
  

012.342.5512 / rinaizzat@gmail.com

Tuesday, April 9, 2013

CONGRATS!!!

Hi Dolls,


LtoR: Aida, Sariah, Me, Teena

Congrats to my lovely BFF a.k.a my Business Partner, Aida sebab naik pentas malam tadi ambil award MANAGER. I am so happy and so proud of her sebab dapat achieved Manager level in 5months...

Siapa sangka, seorang surirumah biasa boleh GENERATE INCOME sebanyak RM6k dan terus shoot pangkat Manager.... Fuihh mana2 company pun x bleh bagi macam mana ELKEN bagi...

Itu sebab rina pilih ELKEN sebagai side business rina. Mmg senang sgt2, kita just share tentang produk yg HEBAT & BERKESAN, mmg 100% SURE poket kita MASYUKKK...Tolak tepi perasaan malu, takut dan sume perasaan negatif, in shaa Allah dgn usaha yg gigih mmg akan berbaloi nnti...

In shaa Allah, next is my turn...Amin. Syukur alhamdulillah...Tak sabar sebenarnya, excited...

So, to my protege (cewahhhh) Sariah n Teena, lets go bebeh... Target this month jadi Manager...

Interested in joining me? Contact me right now!! So easy peasy...Modal yg teramat-amat rendah RM75 sahaja (seumur hidup). Nak tahu macam mana nak berjaya, cepat2 contact rina...Seriously senang giler...

Luv u...muah muah



012.342.5512 / rinaizzat@gmail.com


Monday, April 8, 2013

Testimoni Korset DX ELKEN (dari adik sendiri)...

Hi Dolls,

Amboi tajukkkk...tapi ini mmg kisah benar ye hehehe..

Walaupon rina ni agent ELKEN, nak yakinkan adik beradik sendiri bukan senangnya, byk sgt alasan yg diorang bagi kat rina cthnya xde duitlah, tak mampulah, xde masa lah, suami/tunang/bf x bagilah dan bermacam2 lagi alasan yg diorang bagi kat rina..

Tapi berkat usaha tak kenal penat lelah, x putus2 follow up, maka last friday rina berjaya menyarungkan DX ni kat badan adik2 rina ni tadi..rina bagi diorang cuba dan rasa sendiri KEHEBATAN DX ni..

Fuiihh...sesungguhnya kepuasan pelanggan tu amat penting buat rina (walaupon adik beradik sendiri, diorang adalah pelanggan rina). 

First impression yg terkeluar dari mulut adik rina ialah "Bestnya, rasa mcm tak pakai apa2". Itu baru rina sarungkan Girdle, belum lagi Waist Nipper, Bra n Body Shaper.

Lepas tu sarungkan pulak Waist Nipper, adik rina speechless tak tau nak ckp apa sbb terlampau BEST. Lepas tu sarungkan pulak Bra, lagilah adik rina happy sbb dri xde lurah dendam terus ADA (org pompuan paham la yer), last sekali sarungkan pulak Body Shaper terus adik rina kata CONFIRM nak beli...Terus closed malam tu jugak, gara2 penangan DX ni...

Hebat tak korset DX ni?? Memang sangat2 HEBAT...Keajaiban berlaku dalam SEKELIP MATA...

Kalau kita tak cuba sendiri kita tak tahu dan kalau kita tak share KEHEBATAN DX ni dgn sume wanita pon, kita rugi. Jom kita sama-sama CANTIK & JELITA...

Khidmat free fitting disediakan, just call/sms/email rina yer...cepat2 siapa cepat dia dapat

Luv u...muah muah


P/S: Sori, xde gambar, sbb terlampau excited smpai gambar pon lupa nak ambik :)


See u with more updates....



012.342.5512 / rinaizzat@gmail.com






Thursday, March 28, 2013

KILLER HEELS: Sexy, Glamourous, Hazardous...

Hi Dolls,

This entry, rina dedicate to all HEELS LOVER out there...I just want to share the TRUE FACT with u ols WOMEN!!

Heels especially KILLER HEELS are so sexy, so glamour yet so hazardous...



Well, we especially women often described high heels as shoes to DIE for. Heels like must HAVE in every women closet. Most of women out there wore heels to show their femininity, confidence, independence as well as sexuality.



However, prolonged use of high heels can lead to a lot of foot problems in the future. Apart from blisters, calluses and squashed toes, many women have developed bunions, pains in the back and knee.


According to expert, in more serious cases, the tightening of the Achilles tendon (connection between the heel and lower calf muscle), making it very painful when they walk or run.


Shopping tips for shoes:
  • Evening is the best time for you to shop because your feet expanded to their full size
  • Make sure that your feet and toes should not be squeezed together
  • Walk around the store to determine whether your feet are well supported and the shoe fits well
  • Make sure that your feet do not have any red marks when the shoe is removed. That may indicate the shoe does not fit right
  • It's normal to have one foot slightly larger than the other



If you simply can't live without high heels, please look for those with wide toe rooms and cushioned in soles.Understand that your feet needs a break from time to time. Please don't compromise on comfort and safety.

Enjoy!! See u guys with more updates...

Tuesday, March 19, 2013

nak jugak jadi 'cover magazine'....

Hi Dolls,

LtoR: DCM Rafiq and DCM Liyana


Tengok tajuk rina kat atas tu....nak jugak...jealousnya (in a good way)...

First of all, of course I am so proud of my upline, DCM Liyana and DCM Rafiq kerana membuka pintu hatiku ini...

Mereka berdua ini adalah diantara golongan 'ELKEN GEN Y POWER'...apa itu 'ELKEN GEN Y POWER'?? nak tahu dgn lebih lanjut, call me okay...

So, sematkan dalam hati anda semua yg 1 hari nanti muka kita yg vogue ni plak jadi cover majalah....

See u with more updates....luv muah muah...




Monday, March 4, 2013

my new 'DO'


Hi Dolls...

How are u guys feelin' today??

Harap2 sume dlm keadaan sihat & ceria sokmo...

Hahaaha...actually b4 this rina x pernah pon cuba nak berambut pendek... I think this time, saja nak cuba something new sbb da bosan asyik rambut panjang jer...so rina consult with my hair stylist, tgk mana gaya yg sesuai ngan rina sbb bentuk muka rina bulat, so cam susah skit la nak cari cutting mana yg sesuai ngan muka rina...so after much deliberation with my stylist, inilah GAYA yg agak sesuai ngan mukaku yg ala2 bulat cam pinggan nie....hehehhe

Taraaaaa....







CUN tak?? hahahha perasan sgt...

Ala2 rambut ANNE HATHAWAYkan....rambur jer erk....bkn orgnya....(perasaan jap ^_^)


So, d 1st person yg terkezut ngan aku punya style rambut ni, tak lain tak bukan ialah En. Hubby ku...
Nak tau apa dia punya 1st impression??!!

"U nvr tell me u goin to cut ur hair this SHORT'??!! Erkk...

Dlm hati aku, en. Hubby ni nak kene ni...after all this is MY HAIR, MY BODY and MY DECISION...I know after all, kene mintak izin suami....tpi kekadang tu rina suka nak bagi SURPRISE kat dia, tpi apakan daya, En. Hubby ku mcm tak suka....hehehee

After all, I am so in LOVE with my NEW hair style.....LOVE it so much!!

See u again with more updates!!




Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...