Monday, November 25, 2013

Keputihan semasa pregnant? Ok ke tak?

Hi Dolls,

How are u guys doing?? Rina hope everything is fine with u ols....

Well, I have nothing much to talk about since I've  got pregnant...idea cam takde, tak tahu nak tulis pasal apa, kepala cam bengong sekejap...kira cam mati kutu...


This is me...enjoying my pregnancy :)

But, actually hari ni rina nak share tentang permasalahan yang rina rasa memang kerap terjadi to all women out there...I know and I am very well aware that this subject is very subjective to talk in public...tapi hari ni rina just nak share my own story...itu aje...no harm done :)

So far alhamdulillah, rina baru jer masuk my 2nd trimester... to be honest, i am very fortunate since the first pregnancy, rina tak pernah ada morning sickness...kiranya my 3 pregnancy went smooth and well... 

Hello there!!


Tapi, masalah utama yang rina kerap alami ialah KEPUTIHAN. Dari pregnancy yang pertama sampailah yang ke-empat ni...tapi bukan lah masalah yang serius cuma di awal pregnancy je...tapi punyalah tak selesa...u ols bayangkan macam mana rasanya bila masalah keputihan ni datang...dah la tak selesa , gatal pulak tu...

So hari ni rina da tanya Dr. Google (the best dr ever hihihi) dan alhamdulillah dapat sedikit info dan tips yang rina berbesar hati nak share with u ols...



Bagaimana saya tahu jika saya mengalami keputihan?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.


Bagaimanakah saya boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda. 

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika: 
  • Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya. 


Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal. 

Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu. 

Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri. 

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil. 

Jika suami anda mempunyai simptom-simptom keputihan, dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan. 


Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

Baca artikel kami untuk mengetahui rawatan tradisional untuk keputihan


Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat. 


Ok, that's all for now...I hope that this info dan tips dapat memberi manfaat buat u ols semua...

Stay tune for more updates...

Luv u...muah...muah...

Tuesday, October 22, 2013

It's OFFICIAL...

Hi Dolls,

It has been quite sometime I've been so quite, not blogging much lately due to my not-feeling-well-
conditions-hormonal-changes condition....

But, I am BACK now, oh-how-i-miss-blogging okay...

Well, actually i got a surprised good news to share with all my beautiful readers...jeng jeng jeng....

After keeping a mum for about 2months, i am proudly announce to u ols that I AM PREGNANT!!!
fuihhh, statement macam retis (retis ke aku nie?? confius jap hehehe)

Anyway, rina just wanted to share this good news with u ols yg setia mengikuti blog rina, so u ols ni rina da anggap cam family alam maya rina...benda baik mmg seharusnya dikongsi bersama, betul tak??

So, yesterday evening went for my check-up with my beloved gynae, Dato' Dr. Ashar (he's is such a nice guy, soft spoken, very details and of course he's very very good dr, if not rina tak pilih dia lah kan)...Dr. Ashar ni gak yg sambut anak rina yg ke-3 aritu, so rina just stick with him...

Well, to be honest rina actually quite shocked that i'm pregnant again...very the productive (ni gara-gara korset DX la ni, hot sangat perasan jap hihihi). To tell u ols the truth, rina had 3 c-section (all my boys due to my pelvic very small, i dont understand why..i got such ermmm how to say, quite a size of b*m, but ended up tulang pelvic ku kecik, so lemak je yg lebih...haa gitu) and ectopic pregnancy plus cyst (my left side of my ovary has to be removed coz of the 5cm cyst) so tinggal ovary yg belah kanan tu je... So chances to be pregnant again tu ada tapi not 100% maybe ada 70%-80%...itulah sebabnya rina ni terkezut beruk...

Tapi, syukur alhamdulillah kepada Allah swt kerana memberi rina rezeki yg tak putus-putus, bagi rina peluang sekali lagi mengandung, bagi rina kesihatan yg baik dan segala-galanya...syukur amin...

Now, rina da 9weeks along (kira dlm 2bulan gitu)...so far alhamdulillah, no morning sickness (to be honest, rina mmg x pernah ada morning sickness sejak pregnant anak pertama), cuma xde selera makan je, pastu muka ku ini da xde seri (baby girl ke??)...org tua2 ckp kalo kita pregnant baby girl, abis seri muka kita ni dia amik...sbb kwn2 kat opis ni asyik tegur je, sejak pregnant ni muka aku xde berseri2 seperti selalu (perasan sunguhhh)...berkemungkinan kah??? Atau kene makan kuih seri muka byk2?? hehehehe...

This is my little one inside my tummy...hi there...

9weeks along
Okay u ols, that's all for now...

Rina will updates u with more stories okay...

Luv u...muah...muah...



Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Salam and Good Morning to all my beautiful readers....

To All My Muslim Readers...


Kita hanya berpuasa sebulan, tetapi masih ada insan yang terpaksa berpuasa setiap hari...BERSYUKURLAH...



Nuffnang Ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...